Assalamualaikum w.b.t,
Saya, Nurin Nadhirah Binti Zani, no matrik 4242181003 dari Diploma In Physiotherapy Cohort 31 di KPJ Healthcare University College akan membentangkan tentang Keunikan Makanan Tradisi Sabah untuk menyempurnakan tugasan yang diberi oleh Ustaz Wan Ahmad Fuad bin Wan Ahmad Kamil untuk subjek MPU2163.
Sabah merupakan negeri yang terletak di bahagian barat Malaysia. Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak dipisahkan oleh Laut China Selatan. Penduduk di negeri ini terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunya budaya yang berbeza. Bahasa dan dialek yang digunakan juga berbeza daripada setiap etnik yang ada. di Sabah, terdapat 33 jenis etnik yang boleh diasingkan. Antara etnik yang boleh dijumpai di sana ialah Kadazandusun, Bajau, Murut, Orang Sungei, Iban, dan Bonggi. Kadazan-Dusun merupakan etnik terbesar yang terdapat di Sabah. Jadi, tidak hairan jika etnik ini lebih dikenali di semenanjung. Oleh sebab terlalu banyak etnik yang boleh dijumpai, jadi saya memilih tajuk Keunikan Makanan Tradisi Sabah kerana saya yakin bahawa banyak makanan-makanan tradisi terdapat dalam setiap etnik di negeri Sabah. Jadi, dalam tugasan saya kali ini, saya akan memperkenal kepada anda antara makanan yang boleh didapati di Sabah.
MAKANAN TRADISI
1.AMBUYAT
Ambuyat ialah makanan yang
berasal daripada batang rumbia ataupun sagu. Cara membuatnya agak rumit dan
boleh mengambil masa dua hingga ke tiga hari untuk dibuat. Ambuyat terkenal sebagai makanan adat dari Suku Kaum Melanau terutama dibahagian
Mukah,Oya, Matu dan Daro. Ambuyat juga dihidangkan di rumah-rumah suku kaum Kadazan-Dusun.
Selain itu, ambuyat juga dianggap sebagai hidangan yang paling lengkap kerana
ia dihidangkan dengan ulam seperti herba dan sayur-sayuran serta ikan salai
atau masin, kuah pedas dan sambal. kebiasaannya ambuyat akan dihidangkan semasa
perjumpaan keluarga dan rakan-rakan dan pengunjung atau tetamu terutamanya yang
baru pertama kali merasanya..
Ambuyat ini sesuai
dimakan ketika ia masih panas. Pada kebiasaanya, ambuyat dimakan menggunakan candas. Apa itu candas ?
inilah yang dipanggil candas :) |
Candas ialah kayu yang bersambung di pangkalnya. Cara untuk menggunakan candas ialah masukkan candas ke dalam ambuyat lalu pusing-pusingkan candas tersebut. Tekstur ambuyat yang liat dan melekit akan lekat di candas. kemudian, tarik candas ke atas dan padankan ambuyat bersama dengan lauk-lauk seperti sambal belacan.
PANTANG LARANG SEMASA PENYEDIAAN AMBUYAT
Antara Petua-petua orang tua dan berpengalaman, semasa menyedia dan mengadunkan Ambuyat ini ialah :
1.seseorang itu tidak
dibenarkan untuk ketawa atau bernyanyi.
Menurut salah seorang ahli Persatuan Melanau
Kuching, Mohd Sil Abdullah, yang mempunyai minat yang mendalam dalam tradisi
dan adat etnik, tiada apa yang salah untuk mematuhi pantang apa-apa kerana ia
adalah bertujuan untuk mendisiplinkan kita untuk menjadikan kita lebih baik..
2. ahli
keluarga si mati juga tidak dibenarkan untuk makan ambuyat apabila mayat masih di
dalam rumah.jika ahli keluarga tetap berkeras
hendak makan, badan si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit
seperti ambuyat.
(Rakyat Dalat juga mempunyai kepercayaan yang sama
sebelum ini tetapi banyak kepercayaan 2 ini telah diabaikan oleh generasi
muda zaman sekarang.)
contoh hidangan ambuyat
2.LATOK
Latok merupakan salah satu makanan
tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku
kaum bajau laut di Sabah Latok merupakan sejenis makanan dari
jenis rumpai laut. Ia sangat popular di kalangan suku kaum bajau laut yang
kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna.Kebiasaannya, hanya orang orang yang tinggal berdekatan dengan persisir pantai sahaja yang dapat memakannya. Hal ini demikian kerana latok adalah sejenis rumpai yang apabila terkena panas, atau terkena air biasa ia akan menjadi cair. Oleh sebab itu, latok kurang dijual di pasar-pasar. Latok dipercayai mempunyai beberapa
khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya.
Antara
khasiat yang terdapat pada latok adalah :
1. Awet muda
2. Merawat kanser
3. Untuk kesihatan darah
4. Tulang, otot dan urat safat
berfungsi dengan baik
Biasa latok dimakan bersama nasi dan
ikan panggang seperti ikan yu. Ia juga boleh dimakanan begitu sahaja dengan
mecampurkan perahan limau kasturi dan cili padi.
3.HINAVA
Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat Sabah
terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun dan ia merupakan antara
makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun.Biasanya Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat
daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava
adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga
digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti
perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun
ketika Tadau Kaamatan.
Cara-cara membuat hinava
Bahan-bahan ( 10 - 15 Orang )
Ikan Tenggiri ( Sederhana)
6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
Sedikit garam, serbuk perasa, Halia
Cara-cara
- Ikan
Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat
- Tuangkan
sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
- Semua
bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
- Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
Sumber: http://resepimomogunrungus.blogspot.com/2009/02/hinava-ikan-tenggiri.html
Hinava Ikan Tenggiri |
Hinava Sotong |
Hinava Ayam |
Hinava Udang |
4.TUHAU
Tuhau,
makanan istimewa kaum Kadazandusun Sabah yang dibuat dengan halia liar, berasal
dari Tambunan, Keningau dan Ranau di pedalaman Sabah. Tunas pokok renek spesies Etlingera coccinea yang menyerupai halia digunakan
untuk membuat tuhau, yang dipotong dadu kecil-kecil, dicampurkan dengan cili
dan daun bawang yang dihiris halus-halus, dan diperam menggunakan garam dan
cuka.Rupa fizikalnya menyerupai serai. Tuhau banyak digunakan sebagai perencah masakan.Tuhau ialah pembuka selera tempatan yang popular, dihidangkan dalam bentuk
jeruk dan dimakan dengan nasi putih. Tuhau mudah didapati sepanjang tahun di
pasar tamu atau di pasar sayur-sayuran sekitar Sabah, sama ada dalam bentuk
jeruk, sambal, atau serunding.
BAGAIMANA MAHU MEMBEZAKAN TUHAU DENGAN TUMBUHAN LAIN ?
CIRI-CIRI TUHAU
1.Mempunyai bau yang
kuat seperti bau ketumbar Jawa.
2.Mempunyai bunga yang berwarna merah terang/merah
jambu.
3.Membiak melalui
pecahan rizom atau biji benih.
4.Tumbuh secara meliar
di kawasan hutan.
5.Umbut berwarna
putih/kekuningan pudar/ kemerah-merahan
RESEPI SERUNDING TUHAU
Bahan-bahannya:
50 batang umbut tuhau.
3 biji bawang holland saiz besar.
1 mangkuk cili putih borneo.
5 kuntum bunga kantan (paling bagus bunga yang sudah kembang).
1 mangkuk ikan bilis.
1/2 mangkuk kacang tanah.
Garam secukupnya.
Minyak untuk mengoreng.
3 biji bawang holland saiz besar.
1 mangkuk cili putih borneo.
5 kuntum bunga kantan (paling bagus bunga yang sudah kembang).
1 mangkuk ikan bilis.
1/2 mangkuk kacang tanah.
Garam secukupnya.
Minyak untuk mengoreng.
Cara membuatnya:
1. Bersihkan umbut tuhau dan potong kira-kira dua inci kemudian hiris memanjang nipis-nipis. Kemudian jemur. Lagi nipis lagi baik agar cepat garing apabila digoreng. Ketepikan.
2. Cuci cili putih borneo dan hiris nipis. Ketepikan.
3. Cuci bunga kantan kemudian dileraikan dari tongkol bunganya. Elok terlerai satu persatu agar mudah garing ketika mengoreng. Ketepikan.
4. Bersihkan ikan bilis, toskan dan ketepikan.
5. Bersihkan kacang tanah dan ketepikan
6. Panaskan kuali, masukkan minyak dalam kuantiti banyak. Apabila minyak sudah panas goreng cili putih borneo terlebih dahulu. Goreng hingga keperangan tetapi tidak hangit atau menjadi pahit. Apabila sudah garing sepenuhnya angkat dan toskan. Tujuan cili putih borneo digoreng terlebih dahulu ialah agar gorengan seterusnya akan merasa pedas sedikit.
7. Kemudian goreng tuhau pula. Tuhau mengambil masa untuk garing. Apabila tuhau bergumpal ketika dikacau itu tandanya tuhau sudah garing dan bolehlah diangkat, toskan.
8. Seterusnya goreng bunga kantan hingga garing. Toskan
9. Lalu goreng bawang besar holland hingga garing. Mengoreng bawang holland sedikit sukar kerana perlu garing secukupnya bagi mengelak serunding tersebut menjadi lemau dihari kemudian. Dan ia boleh jadi hangit dan terasa pahit jika terlalu dimasak pula. Jadi disini kekreatifan anda memasak sangat-sangat diperlukan.
10. Akhir sekali goreng kacang tanah hingga garing, toskan.
11. Sejukkan kesemua bahan dan bolehlah melangkah ke proses seterusnya.
12. Dengan menggunakan besen bersaiz besar, bersih dan kering. Masukkan kesemua bahan dalam besen dan bubuh garam secukupnya. Gaul hingga sebati.
13. Masukkan ke dalam balang kedap udara dan simpan ditempat suhu bilik agar keranggupannya bertahan lama. Selesai.
Sumber: http://tanomkinotuan.blogspot.com/2016/11/resipi-serunding-tuhau-sabahan.html
5.BOSOU
Bosou atau
juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan
salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku
kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang
menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai
'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada
daging mentah hasil perburuan
CARA PENYEDIAAN BOSOU
Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan
digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia juga boleh ditambah
dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa. Batang pisang
atau 'polod' juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini. Pangi iaitu sejenis
bahan pengawet juga boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi
dan berbau busuk.
Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas dan
ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum
dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak, campuran itu akan
dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya
disimpan dalam bekas tertutup kemas dan kedap udara.
Bosou yang baru siap dimakan |
cara penyimpanan bosou |
KESIMPULAN
Apa yang dapat diperhatikan, makanan-makanan tradisi ini telah memberi impak kepada penduduk setempat. Setiap kaum di Sabah mempunyai keunikan dalam menyediakan sesuatu hidangan. Ada juga pantang larang yang harus dipatuhi. Jika mereka tidak mempelihara tradisi ini, maka hilang lah warisan turun temurun nenek moyang kepada kita. Untuk menjaga tradisi, kita harus mendidik anak anak dari kecil tentang adat dan makanan tradisi agar tidak lapuk ditelan zaman.
Makanan-makanan tradisi ini boleh menarik minat pelancong untuk terus datang ke negeri di bawah bayu untuk merasa sendiri keunikan rasa makanan yang jarang jarang dijumpai di tempat mereka. Saya, sebagai orang yang tinggal di semenanjung Malaysia ini pun tertarik dengan keunikan tradisi dan makanan di sana. Secara tidak langsung, penduduk tempatan disana boleh menjana ekonomi sara diri di samping membantu memajukan ekonomi negara.
Secara kesimpulannya, sebagai rakyat malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kepelbagaian kaum di negara kita. Disebabkan negara kita mempunyai masyarakat yang majmuk kita dapat saling berkongsi ilmu tentang budaya dan adat resam masing masing. Setiap kaum mempunyai kelebihan yang tersendiri. Janganlah kita merendah diri dengan suku kaum yang kita ada. Sebarkan pengetahuan kepada orang lain betapa uniknya kita sebagai rakyat Malaysia.